Tanpa Daddyhood saya tidak akan berada di tahap ini – Ombong Haha

89

Personaliti e-sukan popular Malaysia, Ombong Haha memberitahu beliau akan sentiasa berada di belakang pegasas pasukan e-sukan terkenal Homebois iaitu Daddyhood selepas terpalit dengan kontroversi masalah gaji baru-baru ini.

Ombong berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Homebois yang berlangsung di ESI HUB Esports Integrated semalam bagi membuat penjelasan mengenai kontroversi itu.


“Saya akan terus memberi sokongan kepada Homebois sebab tanpa Homebois, Daddyhood dan Soloz saya tidak akan sampai ke tahap ini.

Jadi apa yang diceritakan tadi (ketika sidang media) oleh Daddyhood lebih kepada akaun palsu yang memuat hantaran untuk memburukkan reputasi Daddyhood jadi beliau buat sidang media untuk bersihkan namanya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau juga memaklumkan bahawa dirinya tidak akan terlibat dengan pasukan Homebois selepas Daddyhood mengambil keputusan untuk berehat bagi saingan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim ke-14 kerana merasakan dirinya sudah tidak relevan lagi.

“Saya rasa diri sudah tidak relevan dalam e-sukan kerana saya kini lebih fokus kepada pembikinan kandungan dan ‘branding’ Ombong Haha itu sendiri.

Untuk masa depan mahu ke pasukan Vamos atau Homebois saya akan tetap menyokong kerana mereka ini juga kawan-kawan saya juga dan apa yang saya belajar selama bersama Bossku dan Homebois, persahabatan tidak akan berakhir serta kita kekalkan semangat ‘brotherhood’.”

Sementara itu, Ombong turut teruja dan bersyukur apabila dirinya tercalon dalam Anugerah TikTok dalam kategori Content Creator of The Year.