Daddyhood beri jaminan pengurusan Homebois akan jadi lebih profesional

84

Pengasas pasukan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB), Daddyhood memberitahu bahawa pengurusan pasukannya selepas ini akan menjadi lebih profesional terutamanya mengenai kontrak pemain-pemain.

Menurut Daddyhood, beliau akan menyerahkan perkara itu juruaudit pasukan iaitu Najihah.


“Ya betul kita akan perbaiki dari segi kontrak pemain yang mana ia akan dikendalikan oleh Najihah (juruaudit) pasukan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Najihah berkata bagi memastikan pengurusan pasukan lebih profesional pihak mereka akan melantik peguam berkaliber untuk mengendalikan segala perihal kontrak.

“Dari segi kontrak pemain kita sudah ada draft kontrak yang baharu di mana kita lantik peguam berkaliber untuk perkara ini dan kontrak itu bukan untuk pemain sahaja tetapi juga untuk staf.”

Terdahulu Daddy tampil membuat sidang media yang berlangsung di ESI HUB Esports Integrated bagi menjawab tohmahan dan surat layang yang tular baru-baru ini.

Dalam pada itu, Daddyhood turut memberitahu bahawa untuk saingan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim ke-14 beliau tidak akan bersama pasukan itu dan menyerahkan tugas menguruskan pasukan kepada Ketua Pegawai Operasi, Abey.

“Saya harap pengurusan Homebois selepas ini akan lebih baik, kedua dari segi pemain saya mahu tekankan disiplin kerana saya merasakan sebelum ini agak bebas.

Jadi saya harap Homebois akan berjalan dengan lebih lancar dan lebih kepada korporat.”