Datuk Azizulhasni Awang ada mentaliti juara! – Josiah Ng

80

Bekas pelumba berbasikal trek Malaysia, Josiah Ng mengakui bekas rakan seperjuangannya iaitu Datuk Azizulhasni Awang mempunyai mentaliti juara sekaligus mempunyai peluang untuk menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Josiah juga memberikan contoh terbaik mengenai mentali seorang pelumba iaitu lagenda berbasikal negara Rosman Alwi dengan Azizulhasni.


“Saya sangat mengenali Rosman Alwi dengan rapat dan beliau seorang yang cukup baik, seorang lagenda tapi Rosman hanya fikirkan Sukan SEA, ACC dan Sukan Asia tapi apabila beliau pergi ke Sukan Komanwel beliau merasakan dirinya tidak mempunyai peluang.

Apabila beliau pergi ke Olimpik Los Angeles beliau merasakan dirinya tidak mempunyai peluang sedangkan beliau seorang pelumba yang juga berbakat. Saya rasa Rosman apabila beliau pergi ke pertandingan besar beliau tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri kerana saya lihat sendiri ketika Piala Dunia beliau tidak ‘push’ dirinya.

Satu perkara menarik tentang Datuk Azizulhasni adalah beliau mempunyai kepercayaan yang mana beliau percaya dan yakin beliau boleh menang pingat emas, sebab itu beliau boleh menang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Josiah juga memberitahu beliau turut mempunyai kepercayaan tinggi terhadap kemampuan dirinya tetapi apabila beliau sudah berada di puncak, keraguan mula timbul dalam fikirannya.

“Saya pula memang saya percaya saya boleh menang dan apabila sudah berjaya berada di puncak say amula merasakan sedikit keraguan kerana pelumba-pelumba bersaing adalah wira ketika saya kanak-kanak.

Oleh sebab itu saya mampu untuk bersaing dengan mereka tetapi tidak mampu untuk menang.”

Sementara itu, Josiah merupakan salah seorang pelumba berbasikal trek negara yang cukup cemerlang ketika kariernya yang mana beliau pernah merangkul pelbagai kejuaraan termasuk Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA, Kejuaraan Asia dan banyak lagi.

Beliau juga pernah bersaing di temasya Olimpik sebanyak tiga kali iaitu 2004, 2008 dan 2012.