“Harimau Malaya: The Untold Journey” bukan sekadar filem bola sepak – Zaharuddin Ahmad

169

Penerbit Bersama filem “Harimau Malaya: The Untold Journey”, Zaharuddin Ahmad memberitahu bahawa filem itu bukan sekadar filem bola sepak sahaja sebaliknya ia sebuah filem yang menceritakan mengenai semua aspek sebagai seorang pemain bola sepak.

“Kita ingat filem ini menceritakan mengenai bola sepak sahaja tapi sebaliknya kerana ia melibatkan semua cara hidup mereka dan perjalanan mereka.

Mereka pemain bola sepak adalah rakyat biasa macam kita juga jadi mereka melalui bermacam liku-liku dan berjaya menaikkan martabat negara kita dalam arena bola sepak.

Jadi saksikan filem ini beramai-ramai kerana mungkin anda akan menitiskan air mata atau bertepuk tangan, jadi saya seru untuk datang ke pawagam,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, beliau berharap di bulan kemerdekaan ini seluruh rakyat Malaysia dapat turun ke pawagam untuk memberikan sokongan.


Terdahulu, Zaharuddin berkata demikian ketika ditemui pada perlawanan persahabatan di antara barisan pelakon dan bekas pemain kebangsaan yang berlangsung di Xfox Sport Arena, Subang Bestari.

Naskhah arahan Datuk Afdlin Shauki ini adalah sebuah filem yang diinspirasikan dari kisah benar yang berkisarkan mengenai perjalanan pasukan kebangsaan Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia selepas 42 tahun.