Mungkin ini masa untuk Azizulhasni Awang menabur bakti sebagai jurulatih atau penasihat – Hamidin

44

Chef de Mission (CDM) kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menolak kemungkinan jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang berikutan usianya kini sudah mencecah 36 tahun.

Hamidin memberitahu mungkin sudah tiba masa buat Azizulhasni untuk menabur bakti untuk negara dengan pengalaman luas yang beliau ada.


“Saya rasa mungkin dengan umur beliau sekarang ini sudah 36 tahun dan jika di Olimpik LA nanti usianya sudah 40 tahun dan nak bersaing dengan atlet berusia 20 tahun lebih seperti Harrie Lavreysen memang sukar.

Jadi saya rasa mungkin ini masanya untuk beliau menabur bakti sebagai jurulati atau sebagai penasihat dengan pengalaman sebanyak lima kali di Olimpik,”

katanya.

Menurut Hamidin, legasi Azizulhasni akan diteruskan oleh Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan adiknya Ridwan Sahrom.

“Saya fikir Shah Firdaus dan adik beliau akan meneruskan impian negara di Olimpik LA nanti.”

Dalam pada itu, Hamidin juga berkata atlet negara perlu lebih kuat dalam menghadapi kritikan di media sosial dan minta mereka mengelak dari media sosial sekiranya tidak mahu terjejas.

“Atlet kena kuat untuk hadapi kritikan di media sosial. Saya pernah berkata sebelum ini jika tak berani atau tak kuat, jangan main media sosial sebaliknya fokus pada latihan dan ‘perform’ di pertandingan.”

Pada temasya Olimpik kali ini pasukan Malaysia hanya berjaya membawa pulang dua pingat gangsa menerusi sukan badminton iaitu beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki Lee Zii Jia.