Saya jumpa sendiri Kim Pan-gon untuk jayakan watak sebagai pengendali Harimau Malaya – Lee Cha Jun
Pelakon berasal dari Korea Selatan, Lee Cha Jun memberitahu beliau telah berjumpa sendiri dengan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia iaitu Kim Pan-gon (KPG) bagi cuba memahami dan mendalami karakter sebenar untuk menjayakan wataknya dalam filem “Harimau Malaya: The Untold Journey”.
“Saya sedar bahawa Kim Pan-gon ada hero di Malaysia jadi saya perlu pastikan dapat bawa watak itu seperti karakter sebenarnya, jadi saya banyak menonton YouTube dan saya berjumpa dengan beliau sendiri di FAM.
Jadi dari situ saya cuba untuk mimik ‘attitude’ dan aksinya dan pada masa sama saya faham pemikirannya dan itu adalah cara saya untuk membawa wataknya,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dalam pada itu, Cha Jun juga berkata cabaran utamanya sepanjang penggambaran adalah untuk cuba memberikan yang terbaik kerana ini merupakan filem pertama lakonannya.
“Ini merupakan filem pertama saya dan sedikit sebanyak saya berasa agak janggal. Tambahan pula saya perlu pakai rambut palsu, bersolek dan pakai kanta lekap untuk menjayakan watak tersebut.”
Beliau pada masa sama mendedahkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sendiri seperti Faisal Halim dan Arif Aiman turut membantunya bagi menjayakan watak sebagai Pan-gon.
Naskhah arahan Datuk Afdlin Shauki ini berkisarkan mengenai perjalanan pasukan kebangsaan Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia selepas 42 tahun.