Siapa ikut perkembangan Harimau Malaya akan ‘enjoy’ dengan filem ini – Naseeb Ali
Filem yang paling dinanti-nantikan “Harimau Malaya: The Untold Journey” sudah pun ditayangkan diseluruh negara bermula semalam dan filem itu mendapatkan pujian daripada penonton yang sudah menontonnya.
Salah seorang peminat bola sepak pasukan kebangsaan iaitu Naseeb Ali atau lebih dikenali sebagai Referee Kampung turut memuji filem tersebut dan berkata sesiapa yang mengikuti perkembangan skuad Harimau Malaya akan seronok menonton filem itu.
“Untuk rating saya bagi 8.7/10 kerana jalan ceritanya lengkap dari segi komedi, sedih dan sentimental jadi kepada sesiapa yang tak mengikuti perkembangan Harimau Malaya juga boleh ‘enjoy’ namun bagi mereka yang mengikuti perkembangsan skuad negara akan rasa lebih bersemangat,”
katanya.
Menurut Naseeb, babak-babak komedi yang ditampilkan dalam filem tersebut berjaya membuatkan filem itu lebih menarik.
“Sudah tentu babak komedi membuatkan kita ‘enjoy’ menonton jadi bila ada Bell Ngasri yang mana ia mencetuskan suasana peinat selalu lepak mamak berborak pasal perlawanan Malaysia dan mereka nak datang stadium itu adalah ‘part’ yang seronok.”
Beliau berkata demikian selepas ditemui pada malam Gala Premiere “Harimau Malaya: The Untold Journey” yang berlangsung di The Starling Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.
Filem terbitan 4ward Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh Dato’ Afdlin Shauki berkisarkan mengenai perjalanan pasukan kebangsaan Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia selepas 42 tahun.