Amelia Henderson teruja akhirnya dapat berlakon dibawah arahan Afdlin Shauki

50

Pelakon wanita popular, Amelia Henderson mengakui cukup teruja apabila impiannya untuk berlakon dibawah pengarah terkemuka Dato’ Afdlin Shauki menjadi menerusi filem terbarunya berjudul “Harimau Malaya: The Untold Journey”.

“Saya terima watak untuk filem ini adalah kerana Afdlin Shauki sebab memang dah lama sangat saya nak bekerja dengan beliau dan watak ini sangat unik untuk saya kerana saya belum pernah jayakan watak seperti ini.

Jadi saya nak juga cuba jadi ‘boboy’ dalam satu cerita jadi tapi saya gemuruh juga jadi harap orang dapat terima,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, dalam filem tersebut peminat akan dapat melihat sisi berbezanya berikutan beliau sebelum ini lebih dikenali dengan watak seorang wanita lemah lembut tetapi dalam filem terbarunya ia memaparkan sisi ‘tomboy’.


Amelia berkata demikian ketika ditemui selepas tamat tayangan Gala Premiere filem “Harimau Malaya: The Untold Journey” yang berlangsung di The Starling Mall, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Amelia berharap agar filem terbarunya itu akan mendapat sambutan daripada penonton kerana ia sebuah naskhah yang patriotik.

“Harapan saya orang akan suka dengan filem ini sebab kita semua patriotik. Kita juga nak lihat filem tempatan mampu berjaya sekaligus beri penghargaan kepada kerja keras mereka yang menjayakan filem ini.”

Filem terbitan 4ward Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh Dato’ Afdlin Shauki berkisarkan mengenai perjalanan pasukan kebangsaan Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia selepas 42 tahun.