Selangor FC pasukan yang kuat dan aksi peringkat kumpulan ACL 2 cukup kompetitif – Ronnarit Suewaja

74

Pengarah Kelab Muangthong United, Ronnarit Suewaja mengakui kekuatan pasukan dari negara jiran Malaysia iaitu Selangor FC yang akan turut bersaing dalam kejohanan AFC Champions League 2 (ACL 2) musim ini.

Ronnarit Suewaja berkata demikian selepas pasukannya dijadualkan akan menentang dengan pasukan gergasi dari Malaysia itu selepas kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan yang sama.


“Mereka (Selangor FC) adalah sebuah pasukan yang kuat dan berdasarkan apa yang saya tahu mereka telah mempamerkan prestasi terbaik sepanjang saingan liga (Liga Super) musim lalu apabila menamatkan saingan sebagai naib juara.

Jadi kita perlu bersiap sedia untuk kejohanan ini dan saya jangkakan ia akan menjadi perlawanan yang cukup kompetitif,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pada majlis undian ACL 2 yang berlangsung baru-baru ini, Muangthong United dan Selangor telah diundi dalam Kumpulan H  bersama Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan dan Dynamic Herb Cebu FC dari Filipina.

Dalam pada itu, Ronnarit Suewaja berkata beliau menyambut baik dengan keputusan undian tersebut yang mana beliau berkata mereka tidak boleh memandang rendah mana-mana pasukan yang bertanding.

Biarpun sedar cabaran besar menanti, beliau berkata sasaran pasukannya adalah untuk cuba melepasi peringkat kumpulan.

Ronnarit Suewaja juga berkata biarpun Thai League 1 dikatakan antara liga terbaik di rantau Asia Tenggara, namun beliau berfikiran sebaliknya.

Walaupun kita rasa liga kita adalah terbaik di ASEAN tapi saya tidak merasakan ia beri kelebihan kepada kita sebaliknya saya rasa mereka adalah sama ‘level’ dengan kita.”

Sementara itu, aksi peringkat kumpulan ACL 2 akan bermula pada bulan September 2024.