Sebagai pemain saya harus terus percaya pada Tomislav Steinbruckner – Safawi Rasid

52

Ketua pasukan Terengganu FC, Safawi Rasid menjelaskan bahawa sebagai pemain beliau akan terus berada di belakang ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan nasib pengendali itu.

“Saya tidak boleh nak menjawab mengenai perkara itu kerana walaupun saya sebagai ketua pasukan dan pemain saya kena percaya kepada ketua jurulatih dan pengurusan.

Bukan kerja saya untuk tentukan jurulatih kekal atau tidak. Saya tiada masalah,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Safawi berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai isu yang sedang berlegar di media sosial ketika ini yang mana peminat Terengganu mula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Steinbruckner dengan membuat kempen #TomiOut.


Ia susulan kekalahan terbaru Terengganu 3-2 kepada Svay Rieng FC dalam aksi Shopee Cup 2024/25 (ASEAN Club Championship) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Dalam pada itu, Safawi juga menyeru peminat Sang Penyu untuk terus kekal positif kerana saingan liga masih lagi awal dan mereka mempunyai banyak lagi perlawanan untuk diharungi.

“Saya harap penyokong-penyokong dapat terus positif sebab liga masih lagi di peringkat awal dan kita banyak perlawanan lagi.”

Beliau pada masa sama juga berkata penyokong turut mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai pasukan kesayangan dan apa yang pasukan boleh lakukan adalah terus bekerja keras untuk dapatkan keputusan positif.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen