Saya tahu kualiti pasukan saya dan hari ini mereka sudah tunjuk ‘level’ mereka – Jose Munoz
Ketua jurulatih Svay Rieng FC, Jose Munoz memberitahu beliau sentiasa percaya bahawa pasukannya mempunyai kualiti dan mereka sudah pun membuktikannya apabila mereka berjaya tewaskan Terengganu FC 3-2 pada perlawanan pertama Shopee Cup 2024 (ASEAN Club Championship) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
“Saya sentiasa tahu dan percaya dengan kemampuan dan kualiti pasukan saya selepas mereka bekerja keras setahun lebih ini dan hari ini mereka sudah tunjukkan ‘level’ mereka.
Ia sangat sukar bermain di tempat lawan menentang pasukan besar seperti Terengganu tapi saya gembira pemain saya dapat bermain dengan permainan kami sendiri dan menang,”
katanya.
Munoz juga menjangkakan pasukan lawan akan membuat ‘comeback’ pada separuh masa kedua tetapi tidak berjaya berbuat demikian.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai persembahan pasukannya semalam Munoz gembira apabila mereka dapat bermain dengan gaya permainan mereka iaitu sentiasa cuba untuk menyerang apabila mendapat menguasai bola.
“Kami tidak suka bertahan dan hanya suka bertahan jika menguasai bola. Pada separuh masa pertama saya rasa memang kami menguasai perlawanan dan itu adalah corak permainan kami yang sebenar.
Saya juga pasti jika mereka (Terengganu) dapat jaringkan gol seperti yang berlaku, saya yakin kami mampu jaringkan lebih banyak gol lagi kerana kami sentiasa menyerang sepanjang perlawanan.”