Bhg 1: Cadangan penstrukturan sistem bola sepak Liga Malaysia

8,386

Bola sepak adalah sukan nombor satu rakyat Malaysia, jadi adalah wajib untuk sesebuah badan induk yang bertanggungjawab mengambil kira cadangan atau keluhan peminat yang mahukan perubahan berlaku dalam sukan kesayangan mereka.

Di Harimau Malaya, kami sentiasa membuka ruang dan peluang kepada Ekor Harimau untuk meluah, menyuarakan pandangan atau pun berkongsi cadangan bernas mereka untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara.


Baru-baru ini Harimau Malaya telah mendapat emel daripada seorang peminat tegar Harimau Malaya iaitu Muhammad Syafiq yang telah berkongsi mengenai cadangannya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL).

Dalam cadangan Syafiq, beliau mencadangkan agar satu penstrukturan semula sistem liga bola sepak Malaysia dilakukan dengan penyelarasan format secara keseluruhan secara tersusun, kemas dan sistematik.

Malah beliau turut mencadangkan tentang hala tuju yang jelas bagi kenaikan satu peringkat ke satu peringkat terutamanya untuk kelab bola sepak amatur.

Tambah beliau lagi, cadangan untuk penstruturan semula sistem liga bola sepak negara ini akan turut membabitkan peringkat akar umbi dan pembangunan.

Cadangan penstrukturan ini boleh mula diguna pakai bermula tahun 2024 yang mana ia membabitkan empat lapan peringkat.

KATEGORI 1 (Dalam kategori ini khusus untuk pasukan berstatus kelab sahaja.)

Sistem liga utama yang menitik beratkan elemen: MENYELURUH, MEMBANGUN, BERHALA TUJU, TERSUSUN, SISTEMATIK, SEIMBANG & ADIL untuk semua kelab bola sepak tempatan khususnya pasukan amatur di seluruh negara.

Selain saingan liga, beliau turut mencadangkan penstrukturan sistem dan format untuk saingan piala di liga utama juga.

Ini adalah bahagian pertama cadangan penstrukturan sistem liga bola sepak tanah air untuk saingan liga utama.

Dalam bahagian kedua kelak, Syafiq akan menyentuh mengenai penstrukturan liga feeder dan pembangunan bola sepak, selain turut memperkenalkan satu lagi saingan piala.

Nantikan bahagian kedua dalam masa terdekat.