Habuan (Olimpik) akan bantu atlet untuk berjuang dengan lebih lagi – Aaron Chia

29

Pemain beregu badminton utama negara, Aaron Chia memberitahu ganjaran atau habuan yang diberikan kepada atlet yang berjaya mengharumkan negara di persada antarabangsa akan membantu mereka untuk bekerja dengan lebih keras lagi.

“Ganjaran ini buat kita rasa sangat bagus dan perkara ini secara tidak langsung akan memberi motivasi kepada atlet-atlet lain yang mana bila kita berjaya menang akan dapat ganjaran.

Jadi ia akan bantu semua atlet ‘fight’ lebih lagi untuk diri sendiri, negara dan masa hadapan,”

katanya.

Aaron berkata demikian ketika hadir pada majlis penyerahan kenderaan kepada pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 di Chery Bandar Bukit Puchong, Selangor semalam.


Selain Aaron dan pasangan regunya Soh Wooi Yik, perseorangan utama negara iaitu Lee Zii Jia juga mendapat ganjaran sama.

Dalam pada itu, selain ganjaran kenderaan ketiga-tiga pemain badminton negara itu turut akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM100,000 setiap seorang.