JDT ambil pendekatan ‘no komen’ menjelang aksi final Piala FA esok

685

Bahang perlawanan akhir Piala FA 2024 kian terasa dengan kurang 24 jam aksi membabitkan dua pasukan gergasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menjelang aksi final, JDT telah melancarkan perang psikologi apabila sidang media hanya dihadiri oleh Penolong Jurulatih, Jose Lopez dan pemain simpanan Junior Eldstal.


Lebih menarik lagi apabila kedua-dua Lopez dan Eldstal mengambil pendekatan untuk tidak menjawab soalan daripada pihak wartawan mengenai persiapan pasukan.

“Saya tidak tahu,”

katanya.

Malah apabila ditanya mengenai status pemain yang cedera Lopez hanya berkata tiada apa yang beliau boleh katakan.

Dalam pada itu, Eldstal turut sama mengambil pendekatan untuk tidak mahu menjawab soalan daripada wartawan.

“No komen.”

Perlawanan akhir Piala FA ke-34 akan berlangsung esok Sabtu pada pukul 9.00pm di Stadium Nasional Bukit Jalil.