Azurin Mazlan mahu fokus bantu Sabah FA di ACWL terlebih dahulu sebelum fikir peluang lain

54

Penjaga gol Sabah FA, Azurin Mazlan memberitahu fokusnya ketika ini adalah untuk bantu pasukan itu untuk kejohanan pusingan akhir AFC Women’s Champions League (AWCL) terlebih dahulu sebelum fikir peluang lain.

“Sudah tentu saya akan fokus apa yang ada dihadapan saya terlebih dahulu dan buat masa sekarang saya akan fokus untuk Sabah FA untuk kita pergi pusingan akhir AWCL jadi apa-apa pun yang datang untuk tahun depan atau apa yang ke depan itu bergantung pada rezeki Allah,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Azurin menjadi wira buat pasukan Sabah selepas beraksi cukup cemerlang untuk membantu pasukannya berjaya mara ke peringkat kumpulan AWCL selepas menewas PFC Nasaf dengan keputusan 2-1.


“Perlawanan yang cukup gila kerana kami hadir sebagai pasukan ‘underdog’ dan kita semua tahu persiapan pasukan cukup singkat yang mana kita ada masa beberapa minggu sahaja berkumpul satu pasukan.

Tapi kami berjaya bermain sebagai satu keluarga dan saya mahu berterima kasih kepada pihak pengurusan yang sangat percaya dengan kebolehan kami. Kami bermain demi maruah dan demi Sabah,”

Sabah menjadi tuan rumah untuk aksi pusingan kelayakan AWCL untuk Kumpulan C bersama PFC Nasaf dan APF.

Dengan satu kemenangan dan satu seri menyaksikan Sabah berjaya menjadi juara kumpulan.

Sementara itu, perlawanan peringkat kumpulan AWCL yang akan bermula dari 6 hingga 12 Oktober ini menyaksikan Sabah telah diundi dalam Kumpulan A bersama Wuhan Jiangda (China), Incheon Red Angels (Korea Selatan) dan Abu Dhabi Country Club (UAE).