“Pestabola Merdeka sebagai persiapan menjelang kelayakan Piala Asia 2027!”
Sidang media bersama Ketua Jurulatih pasukan Tajikistan, Gela Shekiladze dan pemain pasukan Tajikstan, Parviz Umarboev menjelang perlawanan pertama Pestabola Merdeka menentang pasukan Lebanon esok di Stadium Bukit Jalil jam 4 petang.
Untuk makluman, Umarboev baru-baru beraksi dalam kelayakan UEFA Conference League dan berkata perbezaan antara Eropah dan Asia adalah intensiti dan stamina. Parviz juga berkata bola sepak Asia semakin maju dan berkembang dengan baik.