Kejayaan Sabah FA ke AWCL adalah hadiah buat peminat – Intan Serah

69

Pemain pasukan Sabah FA, Intan Serah berkata kejayaan pasukan mereka layak ke peringkat kumpulan AFC Women’s Champions League (AWCL) adalah hadiah buat peminat bola sepak wanita yang sentiasa menyokong sejak dari awal lagi.

“Saya rasa bila kami sudah melonjak ke satu peringkat tertinggi untuk bola sepak wanita di Malaysia ini adalah satu penghargaan atau hadiah kepada peminat-peminat yang selama ini menyokong kami dan juga pihak media Harimau Malaya yang sentiasa ada dengan kami sejak dari Liga FAS, LWN yang mana anda sentiasa memberikan yang terbaik untuk menyokong bola sepak wanita.

Jadi inilah satu kebanggaan yang kita boleh banggakan dan kita akan cuba sehabis baik di AWCL nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sabah FA mencipta sejarah mara ke peringkat kumpulan AWCL selepas berjaya menewaskan pasukan daripada Uzbekistan, PFC Nasaf dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan terakhir sekaligus menjadi juara Kumpulan C dalam aksi pusingan kelayakan yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah.


Dalam pada itu, Intan Serah yang merupakan pemain yang dipinjamkan ke Sabah FA untuk menghadapi perlawanan pusingan kelayakan berharap beliau dapat bermain untuk pasukan itu lagi bagi perlawanan peringkat kumpulan AWCL.

“Saingan Liga Wanita Nasional (LWN) juga sedang berlangsung jadi kami juga tidak tahu bagaimana perancangan nanti cuma berharap jadual liga dapat dirombak.

Ini kerana saya memang memang nak main di AWCL.”