KV UMC jadi platform cungkil bakat di peringkat akar umbi

48

Baru-baru ini telah berlangsungnya Kejohanan Klang Valley Unity Merdeka Challenge (KV UMC) selama dua hari bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang mana ia berjaya mencapai matlamatnya.

Kejohanan KV UMC bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dan memberi pendedahan kepada pemain bola sepak akar umbi dalam pertandingan sebenar, tetapi ia juga dapat membakar semangat cintakan tanah air.


KV UMC berlangsung dengan beberapa kategori umur iaitu dari bawah lapan tahun sehingga bawah 16 tahun.

Untuk kategori bawah 16 tahun, pasukan Akademi Kuala Lumpur Rovers berjaya menjadi juara.

Manakala untuk kategori bawah 14 tahun pula, pasukan DACS Gombak berjaya menjadi juara, sementara Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers berjaya menjadi juara untuk kategori bawah 12 tahun.

Dalam pada itu, untuk kategori bawah 10 tahun pula ia berjaya dimenangi oleh Kelab Bolasepak Infiniti dan untuk kategori bawah lapan tahun pula FCKL berjaya menjadi juara.

KV UMC diadakan untuk menjadi venue kanak kanak itu bermain bola sambil menyambut Hari Kemerdekaan Negara.

Penganjuran kejohanan kali ini juga berjaya mengumpulkan lebih 600 pemain dan 1,000 pengunjung yang datang memeriahkan kejohanan.