Kerteh FC fokus pada program pembangunan musim ini

596

Nama sebuah kelab kecil di Kemaman, Terengganu iaitu Kerteh FC mula menjadi perhatian ramai sejak kejayaan mereka pada tahun 2019 yang mana mereka telah layak ke saingan Liga M3 pada musim ini.

Namun disebalik kejayaan berjaya melakukan double apabila berjaya menjuarai saingan piala dan Liga Amatur Terengganu (TAL), Kerteh bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak bersaing di Liga M3 pada musim ini.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC iaitu Syed Khairi Amier Bin Syed Radzuan, pada tahun ini mereka mahu memberi tumpuan kepada program pembangunan terlebih dahulu.

“Untuk tahun ini kami mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu untuk skuad utama, cuma kami banyak fokus pada program pembangunan yang menjadi keutamaan.

Ini kerana berdasarkan rancangan berfasa kami untuk tempoh 10 tahun pada tahun 2021 sepatutnya adalah untuk kami fokus pada program pembangunan bawah 14 dan 16 tahun. Tetapi akibat COVID19 kami terpaksa bawa ke tahun ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya kedua-dua pasukan sudah pun memulakan latihan mereka sejak sebulan yang lalu, pada masa sama sekolah bola sepak mereka juga berjalan seperti biasa.

Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian peminat mengenai kelab yang diberi jolokan The Oilers ini adalah kemampuan mereka untuk menjalin kerjasama dengan sebuah kelab divisyen tiga UE Sant Andrue yang bermain di Tercera Division RFEF di Sepanyol.

Kerjasama ini akan membuka peluang kepada pemain-pemain muda Kerteh untuk mendapat peluang melebarkan sayap bola sepak mereka di peringkat antarabangsa.

Ini kerana menurut Tuan Syed, barisan kejurulatihan Kerteh akan menilai pemain-pemain mereka sebelum memilih pemain yang layak untuk dihantar ke Sepanyol untuk berlatih bersama skuad B-19 Sant Andrue.

Tambahnya lagi, pemilihan kelab itu dibuat kerana jurang pemain di kelab itu dan pemain tempatan tidak jauh berbeza sekaligus ia akan memberi peluang dan keyakinan kepada pemain untuk mempamerkan kehebatannya.

Dalam pada itu, Tuan Syed berkata kelab Kerteh FC bukanlah sebuah kelab yang ‘eksklusif’ untuk mereka yang tinggal di Kerteh sahaja tetapi ia terbuka kepada sesiapa sahaja.

“Sesiapa sahaja yang ingin sertai skuad Kerteh FC boleh datang untuk sesi pemilihan dan sekiranya barisan kejurulatihan mahu anda main bersama Kerteh, sudah pasti kami akan mengikat pemain itu.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen