Sasaran saya untuk menjuarai MPL MY dan layak ke M6 – Soul
Pemain import pasukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Homebois, Soul memberitahu sasaran beliau untuk saingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14 adalah untuk menjadi juara.
Menurut Soul, selain menjadi juara saingan liga domestik beliau juga sasar Homebois untuk layak ke M6 World Championship.
“Sasaran kami untuk saingan MPL MY musim ini adalah untuk menjadi juara dan juga mahu layak ke M6,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Soul pada masa sama turut mengakui saingan hebat mereka untuk musim terbaru ini masih pasukan juara bertahan Selangor Red Giants (SRG).
Dalam pada itu, Soul pada masa sama turut memberitahu bahawa beliau akan bermain dengan corak permainan yang berbeza bersama Homebois nanti.
“Sebelum ini di SYS gunakan meta ‘pause’ tapi di Homebois saya akan guna meta baru.”
Beliau pada masa sama persiapan pasukan menjelang pembukaan saingan liga MPL MY pada masa musim ini berjalan dengan begitu baik sekali dan mereka sudah bersedia.
Sementara itu, saingan MPL MY musim ke-14 akan bermula pada 7 September ini di Stadium MBSJ Serdang Jaya.