“Kami perlukan dana untuk ke Piala Dunia” – Harimau Kudung

362

Tidak dapat dinafikan sukan bola sepak merupakan sukan nombor satu negara, namun peminat bola sepak tanah air sering terlupa bahawa Malaysia juga mempunyai pasukan bola sepak kudung atau lebih dikenali sebagai Harimau Kudung.

Skuad Harimau Kudung mula ditubuhkan pada tahun 2016 dikendalikan oleh ketua jurulatih Sunny Shalesh meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila sering dipandang serong oleh segelintir pihak.


“Saya rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang menganggap kami hanya meminta derma jika kami approach sesetengah kelab untuk tujuan memperkenalkan pasukan kami Harimau Kudung tapi kami disalah anggap mahu minta derma sedangkan kami cuma mahu sokongan moral sahaja.

Pada masa sama kami juga berharap agar orang ramai dapat membantu #Projektongkat bagi merealisasikan impian kami untuk ke Kelayakan Piala Dunia di Bangladesh,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sunny bersyukur apabila masih ada pihak yang memberi sokongan moral yang padu kepada mereka antaranya Dato’ K. Rajagobal ketika beliau mengendalikan kelab PKNS FC.

“Apabila hubungi K. Rajagobal, beliau minta saya datang bersama pasukan ke PKNS untuk melihat skuad berlatih pada masa sama turut memberi sedikit motivasi dan tunjuk ajar daripada K. Rajagobal dan para pemain PKNS.

Menariknya setibanya kami di situ, kesemua pemain PKNS menyambut kami dengan baik sekali malah beberapa pemain bintang ketika seperti Mahali Jasuli memberi kasut bola yang dipakainya ketika Harimau Malaysia menjuarai Piala AFF 2010.”

@harimaumalaya_hm All the best Harimau Kudung Malaysia bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia nanti #malaysiaboleh #demimalaysia #harimaumalaya #harimaukudung #fyp #fam ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Selain itu, pasukan Harimau Kudung turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris yang turut menjemput mereka untuk satu perlawanan persahabatan bersama pemain-pemain JDT.

Pada masa sama TMJ turut menyumbang wang berjumlah RM20,000 sebagai suntikan moral ketika skuad Harimau Kudung dijadual bersaing dalam Kejohanan Jemputan Enam Negara.

Dalam pada itu, Harimau Kudung akan berlepas ke Dhaka, Bangladesh pada Mac depan untuk Kelayakan Piala Dunia Zon Asia Timur.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia masih meneruskan kempen Projek Tongkat bagi menggalakkan rakyat Malaysia membantu mereka dalam mengumpul dana melalui kempen ‘Seorang RM10’.

Sumbangan boleh saluran ke akaun bank PERSATUAN BOLA SEPAK ORANG KUDUNG MALAYSIA (562106714704) dengan rujukan Projek Tongkat.