Tak pernah baca kritikan, saya sentiasa mahu buat yang terbaik pada setiap perlawanan – Nooa Laine

44

Pemain tengah pasukan kebangsaan, Nooa Laine memberitahu beliau tidak pernah ambil pusing atau membaca kritikan-kritikan yang dilemparkan kepadanya di media sosial, sebaliknya fokus beliau hanya mahu buat yang terbaik dalam setiap perlawanan yang diharunginya.

“Sejujurnya saya tidak pernah baca kritikan itu. Saya sentiasa buat yang terbaik untuk setiap perlawanan. Itu sahaja,”

jawabnya ringkas.

Nooa menjadi jentera utama di bahagian tengah telah membantu skuad Harimau Malaya untuk menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 selepas menewaskan pasukan Lubnan 1-0 dalam aksi akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam.


Dalam pada itu, Nooa berkata beliau dan rakan sepasukan lain tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan taktikal dan strategi oleh ketua jurulatih baharu Pau Marti yang mengambil alih tugas sebagai pengendali daripada Kim Pan-gon.

“Dibawah kendalian Coach Pau kami bermain dengan lebih ‘possession’ dan tidak terburu-buru dalam membina serangan jadi bagi saya ia bukan satu masalah buat kami kerana majoriti pemain juga bermain dengan taktikal ini (di kelab masing-masing).

Jadi saya rasa taktikal ini sesuai dengan kami semua.”

 Beliau pada masa turut mengulas mengenai jumlah kehadiran penyokong di stadium yang disifatkan agak baik tetapi berkata ia akan lebih baik jika jumlah penyokong lebih ramai seperti sebelum ini.

Sasaran untuk memenuhi SNBJ untuk kejohanan Pestabola Merdeka kali ini tidak tercapai berikutan sebahagian besar penyokong tegar mengambil pendirian untuk memboikot kejohanan kali ini dek tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sementara itu, Nooa berkata kejayaan menjulang trofi Pestabola Merdeka akan memberinya lebih motivasi untuk buat yang terbaik untuk cuba memperoleh lebih banyak kejayaan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen