SRG yakin mampu jadi juara MPL MY berturut-turut – Simon Lee
Ketua pasukan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Selangor Red Giants (SRG), Simon Lee menyuarakan keyakinan beliau terhadap kemampuan pasukannya untuk menjulang kejuaraan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14 berturut-turut.
Untuk musim ke-14, SRG menjadi satu-satunya pasukan yang mengekalkan barisan pemain dan kejurulatihan yang sama.
“Sebelum kita membuat keputusan untuk mengekalkan semua pemain saya sudah buat perbincangan dengan dua jurulatih kita iaitu Coach Arcadia dan Coach Veki dan kedua-dua mereka sangat yakin dengan ‘line-up’ sekarang ini yang mana mereka berkata kesemua pemain ini masih belum ‘peak’.
Jadi mereka yakin kitab oleh cuba untuk ‘break the curse’ untuk jadi juara berturut-turut dan saya sendiri yakin dan percaya kepada Coach jadi kita tunggu dan lihat saja nanti,”
katanya kepada Harimau Malaya.
SRG memulakan saingan MPL MY musim ke-14 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Homebois dengan keputusan 2-1.
Dalam pada itu, Simon turut memberi bayangan pencabar utama untuk saingan MPL MY musim ini adalah JP Niners dan Team Vamos.
“Selain dua pasukan ini, banyak lagi pasukan yang ‘upgrade’ pada musim ini walaupun ada yang tak ‘upgrade’ pemain tapi mereka ‘upgrade’ jurulatih antaranya Monster Vicious dan Todak yang mana mereka kekalkan pemain sama tapi barisan kejurulatihan mereka cukup bagus.”
Terdahulu SRG berjaya mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara MSC 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.