Homebois perlukan sedikit masa lagi untuk jadi pencabar MPL MY musim ini – Izanami

42

Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Homebois, Izanami memberitahu bahawa pasukannya mempunyai potensi besar untuk menjadi pencabar utama untuk saingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14.

Izanami berkata, barisan pemain yang ada ketika ini perlukan sedikit masa lagi untuk berada di prestasi terbaik.


“Saya sudah fikir masak-masak untuk masuk ke pasukan ini dan apa-apa pun ‘line-up’ Homebois ini boleh pergi jauh.

Kita cuma perlukan masa untuk berlatih dan dapatkan keserasian dan kalau semuanya sudah selesai ‘line-up’ ini mampu pergi ke Top 3,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas tamat perlawanan MPL MY minggu pertama yang menyaksikan pasukannya tewas 2-1 kepada juara bertahan Selangor Red Giants (SRG).

Dalam pada itu, Izanami juga mengakui menerima beberapa tawaran daripada pasukan lain namun mengambil keputusan untuk menyarung jersi Homebois.

Beliau pada masa sama juga tidak dapat mendedahkan identiti pasukan tersebut.

Sementara itu, Izanami juga tidak dapat mengulas lanjut samada beliau akan turun bermain atau tidak berikutan posisi yang dimainkan sama seperti Udil.

“Sejujurnya saya sendiri belum pasti jadi kita tengok saja pada minggu ketiga nanti samada saya akan bermain atau tidak.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen