Ozoraveki bertekad mahu bawa SRG jadi juara M6 musim ini

16

Pembantu jurulatih e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Selangor Red Giants (SRG), Ozoraveki mengakui beliau menerima tawaran dari pasukan luar negara tetapi menolaknya kerana mahu terus kekal bersama SRG.

Ini kerana menurut Ozoraveki, beliau mempunyai sasarannya sendiri iaitu mahu bantu SRG pergi dengan lebih jauh dan mahu jadi juara M6 World Championship.


“Ya memang ada tawaran tapi saya pilih untuk kekal dengan SRG kerana mahu bawa pasukan Malaysia lebih tinggi dan jadi juara M6.

Saya mahu SRG jadi juara ‘back to back’ iaitu MSC 2024 dan M6. Saya rasa masa saya di sini belum tamat kerana kita mempunyai misi yang perlu dibuat,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Ozoraveki berkata demikian selepas tamat perlawanan minggu pertama Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14 yang menyaksikan SRG berjaya menewaskan Homebois dengan keputusan 2-1.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai prestasi pasukannya pada aksi menentang Homebois, Ozoraveki mengakui pemain-pemainnya tidak berada pada prestasi terbaik apabila mereka bergelut dan tewas di perlawanan kedua sebelum bangkit di perlawanan ketiga.

“Saya rasa kami banyak buat kesilapan peribadi yang mana saya rasa pemain kita hari ini tidak berada pada tahap terbaik.

Disebalik cabaran besar pada perlawanan itu, kami tetap bermain dengan baik yang mana kami dapat tebus kesilapan di perlawanan terakhir.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen