Saya tak perlu letak sasaran kerana pemain sendiri sudah letak sasaran mahu ke M6 – Soloz

22

Pengasas pasukan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Team Vamos, Soloz memberitahu bahawa beliau tidak perlu meletak sasaran buat pasukannya yang bersaing buat pertama kali di Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14 kerana pemain-pemainnya sendiri sudah mempunyai sasaran mereka iaitu mahu layak ke M6 World Championship.

Menurut Soloz, beliau yang pernah berpengalaman sebagai seorang pemain e-sukan sedar akan tekanan yang perlu ditanggung oleh pemain, oleh itu beliau tidak mahu beri tekanan buat pemain-pemainnya.


“Untuk sasaran pasukan, saya sendiri pernah menjadi pemain dan sebagai pemain pastinya kita akan cuba buat yang terbaik yang mana kita nak pergi ke M6.

Jadi tanpa saya beritahu sasaran kepada mereka untuk pergi ke M6 pun memang mereka sendiri mahu ke M6, cuma saya beritahu mereka sekurang-kurangnya kita dapat mara ke peringkat ‘play-off’ sebab tak mahu beri tekanan kepada mereka,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Soloz berkata demikian selepas tamat perlawanan minggu pertama MPL MY musim ke-14 yang menyaksikan pasukannya berjaya menewaskan Team Red Esports dengan keputusan 2-0.

Beliau yang gembira dengan keputusan itu turut tidak menyangka mereka akan memulakan kempen MPL MY dengan langkah kanan.

“Perasaan saya okey saja cuma tak jangka mereka dapat menang dengan keputusan 2-0 sebab saya tahu pemain-pemain ini berada dalam keadaan tertekan berikutan menerima banyak kecaman-kecaman tapi pada masa sama kesemua mereka cukup komited dalam latihan.

Jadi untuk mendapat keputusan 2-0 bagi saya ia satu rezekilah.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen