Mikko gembira impian untuk bermain di MPL MY jadi kenyataan musim ini

16

Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Team HAQ, Mikko memberitahu beliau gembira apabila dapat bermain dalam saingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) untuk musim ke-14.

Menurut Mikko, beliau sebelum ini sememangnya sudah pasang impian untuk bermain di Malaysia dan pada jendela perpindahan MPL MY musim ke-13 beliau ada mendapat tawaran daripada sebuah pasukan dari Malaysia tetapi terpaksa menolaknya kerana ketika itu terikat dengan sebuah pasukan lain.


“Pada musim ke-13 saya memang mahu bermain di sini dan pada minggu ketiga pada jendela perpindahan saya dihubungi oleh sebuah pasukan Malaysia tetapi terpaksa menolaknya kerana ketika itu saya sedang melatih sebuah pasukan lain.

Tapi pada MPL MY musim ke-14 saya dihubungi oleh Team HAQ dan terus menerimanya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Mikko berkata demikian selepas tamat perlawanan minggu pertama MPL MY yang menyaksikan pasukannya berjaya menang 2-1 ke atas pasukan RSG MY.

Dalam pada itu, Mikko turut memberi pujian kepada rakan sepasukannya iaitu Panda yang memperlihatkan peningkatan prestasi terutamanya dari segi ‘drafting’.

“Pujian harus diberikan kepada Panda kerana beliau sangat bagus dalam ‘drafting’ game.”

Beliau pada masa sama turut gembira dengan keadaan pasukan ketika ini yang berada dalam tahap terbaik dari segi ‘bonding’ dan juga keserasian antara pemain.