Kalau Matyo dan Safee Sali dapat sertai kami sudah tentu pasukan akan lebih menarik – Adam Azman
Pengurus bersama pasukan Malaysia, Adam Azman memberitahu bahawa pihaknya akan menghubungi dua bekas pemain Harimau Malaya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali untuk bertanya samada mereka berminat untuk menyertai pasukan untuk Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Asia.
“Saya akan menghubungi Matyo dan Safee untuk bertanya samada mereka berkelapangan untuk bermain untuk pasukan kita kerana jika mereka setujua ia akan menjadi lebih menarik,”
katanya.
Adam yang merupakan pemilik kelab Bunga Raya Damansara FC yang beraksi di saingan liga semi-profesional Liga A1 ketika ini berkata beliau akan melantik seorang jurulatih yang mempunyai pengalaman dalam futsal dan bola sepak padang untuk membentuk sebuah skuad yang mantap.
“Dalam pasukan kami nanti adalah gabungan pemain berpengalaman dan muda. Saya akan bercakap dengan pemain saya iaitu Khyril Muhymeen (bekas pemain kebangsaan) samada beliau boleh main atau tidak, jika boleh pastinya lebih menarik.”
Kejohanan 7 sebelah ini akan berlangsung di EV Arena Elmina, Kuala Lumpur dari 10 hingga 13 Oktober 2024.
Selain Malaysia, pasukan Singapura, Hong Kong, Vietnam, Jepun, Brunei, Filipina dan India akan turut berentap.
Dalam pada itu, Adam akui skuad negara bakal berdepan cabaran besar selepas diundi dalam kumpulan bersama juara bertahan iaitu India tetapi yakin mereka mampu pergi jauh.
“Walaupun saya baru dalam bola sepak 7 sebelah tapi saya tahu India adalah sebuah pasukan yang kuat berikutan mereka adalah juara untuk edisi lepas jadi kumpulan kami sedikit sukar tapi saya yakin kita boleh dapat kedudukan top 2.”