Al-Rami Esports lantik Aiman Wafiy Roslan sebagai CEO baharu untuk musim 2025

131

Organisasi e-sukan baharu iaitu Al-Rami Esports telah melantik Aiman Wafiy Roslan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk mengemudi organisasi itu untuk saingan musim 2025.

Aiman Wafiy tidak asing lagi dalam kalangan penggiat e-sukan di negara berikutan beliau sebelum ini pernah memegang pelbagai jawatan penting dan terkenal dengan kepimpinannya semasa kemenangan besar RSG Malaysia pada tahun 2021, di mana pasukan tersebut meraih gelaran dalam tiga kategori permainan utama: PUBG Mobile (PMPL S3), Mobile Legends Bang Bang (MPL S7), dan Call of Duty Mobile Championship dalam musim yang sama.


“Misi kami adalah untuk membina organisasi yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat global tetapi juga memupuk ekosistem e-sukan yang mampan.

Tahun hadapan akan menjadi titik tolak penting bagi kami, dan kami yakin bahawa fokus strategik kami akan membawa kejayaan jangka panjang,”

ujarnya dalam satu kenyataan media.

Al-Rami Esports diasaskan oleh Johnny Tan bersama rakan kongsi dari Kumpulan Arab, yang
identitinya akan didedahkan pada masa terdekat. berhasrat untuk menjadikan Al-Rami Esports
sebagai sebuah kuasa kompetitif di arena e-sukan antarabangsa.

Sebanyak RM17.3 juta akan diperuntukkan untuk tahun pertama operasinya yang mana Al-Rami Esports akan mula memasuki arena kompetitif melalui Mobile Legends Bang Bang. Pengembangan susulan dijangka akan dibuat, dengan organisasi ini menyasarkan tajuk-tajuk permainan utama yang akan dipertandingkan dalam Esports World Cup (EWC) akan datang, termasuk Tekken 8, Street Fighter 6, Sim Racing, PUBG Mobile, dan EA Sports FC 2024.

Mereka juga sedang mempertimbangkan secara serius untuk melabur dalam permainan Honor of Kings.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen