Atlet-atlet angkat berat Malaysia cemerlang di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024

36

Berita gembira buat Malaysia selepas atlet-atlet angkat berat negara beraksi dengan cukup cemerlang di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 yang sedang berlangsung di Suva Fiji ketika ini.

Muhammad Rahimi Sulaiman Lat menceriakan kem negara apabila berjaya memperoleh pingat emas bagi acara 55 kilogram (kg).


Hari pertama kejohanan menjadi lebih meriah apabila jaguh angkat berat negara iaitu Aniq Kasdan terus memperlihatkan kehebatan beliau dalam acara 61 kg senior di mana beliau berjaya membuat angkatan 298 kg telah menyaksikan beliau memperoleh pingat emas.

Aniq bukan sahaja berjaya memperoleh pingat emas tetapi juga berjaya mencipta rekod baru kejohanan dan Komanwel, pecah rekod sendiri.

Dalam pada itu, Amin Sukri meneruskan momentum negara apabila berjaya memperoleh pingat gangsa untuk acara 61kg senior dan pingat emas bagi junior.

Pada masa sama Muhamad Aznil Bidin juga berjaya memperoleh pingat emas bagi acara 67kg dan Erry Hidayat memperoleh pingat perak bagi acara 73kg.

Sementara itu, atlet angkat berat wanita negara juga cemerlang apabila Nurul Syasya Khairini mendapat pingat emas bagi acara 59kg.

Tahniah buat kesemua atlet-atlet angkat berat negara! Anda sekali lagi berjaya buktikan kehebatan di persada antarabangsa.