Kami mahu menang dengan Selangor FC dan kemudian fokus AWCL – Juliana Barek
Pemain pasukan Sabah FA, Juliana Barek bertekad untuk cuba membantu pasukannya menang dalam perlawanan menentang Selangor FC dalam aksi seterusnya Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 sebelum fokus untuk kejohanan AFC Women’s Champions League (AWCL) pula.
“Ya kami akan bersiap sedia untuk perlawanan menentang Selangor dan harap dapat menang dan kemudian kami akan fokus pada AWCL pula,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Juliana pada masa sama turut mengakui perlawanan liga sedikit sebanyak membantu mereka dalam membuat persiapan untuk AWCL biarpun terpaksa mengharungi jadual yang agak padat berikutan terpaksa bermain dua perlawanan dalam tempoh singkat.
Dalam pada itu, Juliana yang merupakan penjaring gol kedua Sabah ketika mereka menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) di Stadium UiTM Shah Alam kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut.
“Keputusan 2-0, saya belum berpuas hati kerana perlawanan kami dua kali berturut-turut jadi kami berasa penat, namun apa-apa pun kami akan buat yang terbaik untuk perlawanan seterusnya.”
Sabah kini berada di puncak carta LWN selepas lawan perlawanan dengan 21 mata hasil tujuh kemenangan dan satu kekalahan.