Nur Hadfina bangga pasukan tetap dapat beri saingan hebat biarpun tewas

40

Pemain pasukan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Nur Hadfina berpuas hati dan bangga dengan rakan sepasukannya yang berjaya mempamerkan aksi terbaik biarpun mereka tewas 2-0 kepada pasukan Sabah FA dalam perlawanan Liga Wanita Nasional (LWN) 2024.

“Kami sudah buat yang terbaik walaupun pasukan kami tidak cukup pemain dan banyak pemain yang cedera.

Bangga dengan pasukan kerana sudah memberikan yang terbaik walaupun terpaksa menentang pasukan kuat seperti Sabah,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Hadfina berkata demikian selepas tamat perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam, semalam.


Dalam pada itu, Hadfina yang merupakan antara pemain yang cukup rajin di atas padang pada perlawanan tersebut berkata beliau mahu buktikan kemampuannya terhadap pihak yang sentiasa melontarkan kritikan.

“Saya nak buktikan semua ‘hate comments’ salah. Mereka selalu pandang rendah pada pasukan kami.”

Selepas ini SSMP akan turun menentang Melaka pada Ahad di tempat sendiri di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

SSMP kini berada di kedudukan keenam LWN selepas tujuh perlawanan hasil dua kemenangan dan lima kekalahan.