Tewas kepada Sabah FA, Zerry harap SSMP akan dapat keputusan positif menentang Melaka selepas ini

66

Ketua jurulatih pasukan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Zerry Nazeri berharap bahawa pasukannya akan mendapat keputusan positif untuk perlawanan Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 menentang Melaka pada Ahad ini.

Zerry berkata demikian selepas pasukannya terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan pilihan Sabah FA semalam.


“Syukur Alhamdulillah kita dapat menghabiskan perlawanan yang mana kita menghadapi masalah pemain untuk menghadapi perlawanan seterusnya, walaubagaimanapun kita akan teruskan juga dan berharap perlawanan seterusnya menentang Melaka kita akan dapat keputusan positif,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau turut memberitahu tidak akan dapat menurunkan beberapa pemain untuk aksi seterusnya berikutan kecederaan yang akan mengambil tempoh lama untuk pulih.

Untuk saingan LWN musim ini, SSMP menggunakan hampir kesemua pemain yang beraksi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zerry turut memberi sokongan padu buat pasukan Sabah yang akan beraksi di pentas Asia iaitu AFC Women’s Champions League (AWCL).

“Semoga Sabah dapat keputusan positif di AWCL dan terus memertabatkan bola sepak wanita.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen