Sasaran mahu lepas peringkat kumpulan AWCL, mahu banggakan orang Sabah – Heindee Masroh

85

Pemain pasukan bola sepak wanita Sabah FA, Heindee Masroh meletak sasaran untuk cuba melepasi peringkat kumpulan kejohanan AFC Women’s Champions League (AWCL) yang akan berlangsung pada bulan depan.

“Harapan saya adalah untuk mara ke ‘next round’ untuk dapatkan pengalaman bermain di peringkat tertinggi. Saya mahu banggakan orang Sabah dan buktikan kami boleh pergi jauh,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Heindee, selain fokus pada persiapan pasukan untuk kejohanan di peringkat Asia mereka juga perlu fokus dengan persiapan untuk saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 yang mana mereka selepas ini akan menentang Selangor FC.


Dengan jadual liga yang agak ketat, beliau berkata setiap pemain perlu fokus supaya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Susah juga sebab kedua-dua perlawanan penting. Untuk aksi LWN menentang Selangor sasaran kami adalah untuk mendapatkan kemenangan dan di AWCL pula sasaran kami mahu ke ‘next round’.

Kami akan cuba elak dari mengalami sebarang kecederaan supaya apabila bermain di AWCL ini kami semua cergas sepenuhnya.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas latihan persiapan menjelang aksi menentang Selangor.