Sabah FA bawa pemain muda untuk atasi masalah kepenatan dek jadual padat – Arziz Afizy

29

Ketua pengurus pasukan bola sepak wanita Sabah FA, Mohd Arziz Afizy mengakui jadual padat saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 dan perlu membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan AFC Women’s Champions League (AWCL) membuatkan pemain mengalami kepenatan.

Berikutan itu, mereka telah mengambil keputusan untuk membawa lebih ramai pemain muda untuk mengatasi masalah itu dengan melakukan rotasi pemain.


“Itu sebab saya bawa pemain-pemain muda kita bersama pasukan senior untuk kita buat rotasi pemain yang mana kita sudah tahu faktor penat ini sangat penting untuk kita bangkit dan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Perlawanan menentang Selangor FC penting untuk kita cari kemenangan bagi kita teruskan momentum untuk capai kemenangan keempat dalam siri perlawanan di tempat lawan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Arziz Afizy berkata demikian selepas tamat perlawanan LWN yang menyaksikan pasukannya berjaya tewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dengan keputusan 2-0 di Stadium UiTM Shah Alam baru-baru ini.

Dalam pada itu, Arziz Afizy turut memberitahu bahawa mereka turut membuat persiapan untuk aksi di AWCL yang mana mereka akan membawa masuk tiga lagi pemain import untuk memantapkan lagi skuad.

“Walaupun kita sibuk dengan LWN bulan September ini tetapi kita sudah bersedia dengan memasukkan tiga lagi pemain import.

Seperti yang saya katakan sebelum ini kita akan penuhkan kuota pemain import.”

Terdahulu Sabah mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan AWCL yang akan berlangsung pada Oktober ini.

Sabah telah diundi dalam Kumpulan A bersama Wuhan Jiangda (China), Incheon Red Angels (Korea Selatan) dan Abu Dhabi Country Club (UAE).

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen