Kami optimis mampu layak ke Piala Dunia Bola Sepak Kudung – Kapten Fadzan

433

Ketua pasukan bola sepak Harimau Kudung, Fadzan Mat Isa menyuarakan keyakinan pasukannya mampu layak ke saingan Piala Dunia Bola Sepak Kudung yang akan berlangsung pada tahun ini.

Harimau Kudung akan berlepas ke Dhaka, Bangladesh pada Mac ini untuk menghadapi saingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia Timur.


“Saya yakin dengan skuad yang ada ketika ini yang mana kami akan berikan yang terbaik dan mampu mencipta sejarah layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Seperti yang jurulatih saya cakap kami akan mengaum seperti Harimau,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Fadzan, mereka kini sedang giat membuat latihan persiapan untuk membentuk sebuah pasukan yang ampuh.

Fadzan berkata, berdasarkan taktikal dan perancangan yang dilakukan oleh ketua jurulatih Sunny Shalesh, Fadzan yakin skuad negara mampu berada dalam kedudukan dua teratas sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.

Piala Dunia Bola Sepak Kudung akan berlangsung pada Oktober depan di Istanbul, Turki.

“Sudah lama kami tunggu dan ini adalah peluang untuk kami layak ke Piala Dunia.”

Selain itu, Harimau Kudung juga akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Gaza pada tahun 2023.

Demi mengejar misi tersebut, Fadzan menyeru rakyat Malaysia menyokong kempen ‘Seorang RM10’ yang mana dana tersebut akan digunakan untuk tiga acara itu.

Untuk anda yang ingin menyumbang, boleh salurkan sumbangan anda kepada akaun bank Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia; 562106714704 (Maybank).