Dibawah kendalian Pau Mari, Harimau Malaya lonjak ke tangga 132 dunia

69

Biarpun bola sepak tanah sedikit goyah selepas Kim Pan-gon meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan secara tiba-tiba, namun skuad Harimau Malaya masih lagi berada di landasan tepat.

Ini kerana selepas Pau Marti Vicente mengambil alih tugas sebagai pengendali baharu, beliau berjaya bermula dengan langkah kanan apabila berjaya memenangi dua perlawanan pertamanya di Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 baru-baru ini.


Biarpun kejohanan itu diboikot oleh segelintir penyokong yang tidak berpuas hati dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun Pau Marti dengan tenang berjaya membawa skuad negara menjulang trofi berprestij itu.

Susulan kejayaan itu, kemas kini terbaharu kedudukan ranking FIFA hari ini telah menyaksikan pasukan Malaysia kini berada di tangga ke-132 dunia, berjaya melonjak naik dua anak tangga berbanding 134 pada Julai lalu.

Diharap Pau Marti dapat meneruskan momentum cemerlang bersama skuad negara sekaligus memperbaiki kedudukan ranking dunia pada kemas kini seterusnya iaitu pada 24 Oktober 2024.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen