Dek penangan netizen, pusingan awal BATC kini disiarkan secara langsung!
Tekanan yang diberikan oleh netizen-netizen terutamanya di laman Twitter ternyata membuahkan hasil apabila pihak Majlis Sukan Negeri Selangor dalam satu ciapannya mengesahkan akan mengadakan siaran langsung aksi pasukan Malaysia bermula pada hari ini.
Need something good to start off your day? You got it!
— MSN Selangor (@MSNSelangor) February 15, 2022
We will be streaming live both of Malaysia matches today. 🏸
Links will be provided soon!#SelangorBangkit #BATC2022 #Badminton#MSNSelangor #MSNS #BadmintonAsia#SelangorPenerajuKecemerlanganSukan pic.twitter.com/7nDieKeC5Q
Hal in berlaku disebabkan tindakan penganjur iaitu Badminton Asia dan MSN Selangor yang hanya akan menyiarkan perlawanan bermula pada 18 Februari sehingga 20 Februari sahaja. Sememangnya perkara ini telah mencetuskan kemarahan buat para peminat badminton yang ingin menyaksikan pemain-pemain pilihan mereka beraksi sejak dari pusingan awal.
The way they dont provide the live stream for fans, they just ruined the hype for BATC. This is the big event that most of us been waiting for, let say la they make live stream on proper platform then they could achieve more viewer#BATC2022
— abby (@kodaii_lkyeww) February 15, 2022
Seperti agak ironi jika membandingkan kenyataan penganjur pertandingan yang menyasarkan seramai 1 juta penonton yang akan menyaksikan kejohanan yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City dengan ketiadaan siaran langsung.
Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 ramal tarik satu juta penonton seharihttps://t.co/gW5WQrF4QC pic.twitter.com/gVNPYNK9D5
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 14, 2022
Bagaimana mahu menarik jumlah penonton seramai itu jika siaran langsung pun tiada? Apatah lagi jika mengambil kira jumlah penonton yang dibenarkan masuk ke venue pertandingan yang hanya dihadkan kepada cuma 200 penonton? Sememangnya sasaran in tidak langsung masuk akal.
Itu belum lagi mengambil kira ketidakpuasan hati peminat-peminat dari negara lain yang inginkan aksi pasukan negara mereka ditayangkan secara langsung. Mungkin juga tindakan penganjur yang menyediakan siaran langsung ini sekadar lepas tangan hanya untuk memenuhi kehendak peminat-peminat badminton tempatan.
Thanks sbb buat live for Malaysia. Kalau nak jaga nama imej negara, better buat utk semua country. They want to watch their team also maa. We love badminton because we love to watch our athlete on court. Tak kisah la country mana pun. Pleaseee #BATC2022 https://t.co/gocBIrAQHc
— ᴮᴱLi야 🏴 ⟭⟬ (@dlffl_Liya) February 16, 2022
Timbul pertanyaan di sini adakah pihak penganjur tidak peka dengan situasi yang sedang berlaku. Kejohanan ini merupakan kejohanan besar di benua Asia yang melibatkan beberapa buah negara yang lain bukan hanya untuk Malaysia sahaja.
Ada peminat membandingkan tindakan Badminton Asia dengan Badminton Europe dalam memberikan liputan terbaik kejohanan yang berlangsung. Misalnya, Kejuaraan Badminton Eropah disiarkan penuh secara langsung oleh Badminton Europe.
Badminton Europe stream every match and every court of European Championship, meanwhile Badminton Asia couldn't even stream a single court. How can badminton grow if the administrators don't care? #batc2022 #BATC
— Rex (@slog_sweep) February 15, 2022
Peminat juga turut membandingkan usaha yang dilakukan oleh Badminton Europe memberikan akses tontonan biarpun ianya hanya melibatkan kejohanan-kejohanan kecil sahaja. Beliau juga mempersoalkan tindakan Badminton Asia yang dilihat gagal biarpun majoriti pemain-pemain datang dari benua Asia.
you have to learn and THINK from tournaments in Europe, even at the international series is complete with live broadcasts. please clean up, this is a BATC class event, there is no live broadcast and only court 1? Even though the majority of Badminton are in Asia @Badminton_Asia
— POKONYAITULAH (@suksukaji) February 15, 2022
Tidak dapat dipastikan sama ada penganjur iaitu Badminton Asia dan MSN Selangor sebelum itu telah melakukan rundingan bersama pihak penyiar rasmi dalam memberikan liputan terbaik untuk kejohanan sebesar ini. Jika tidak, ternyata ianya merupakan satu kegagalan besar untuk pihak penganjur dalam memberikan nilai kepada kejohanan yang beprestij ini.
BAM and BAT basically inventing all courts streaming and all of you clearly not educated enough blaming BAM and Malaysia for showing favoritism and comparing them to IO/IM… girl… normalize blaming Badminton Asia and MSN Selangor for any kind of mess.
— 陈巍 ogm 🥇 (@patbingzu) February 16, 2022
Harus diingatkan ini bukan kejohanan bertaraf negeri atau kebangsaan, ianya bertaraf antarabangsa yang mengumpulkan pemain-pemain yang berada dalam ranking badminton dunia. Bagaimana mahu menganjurkan kejohanan yang lebih besar jika isu sekecil ini tidak dapat diselesaikan?
Selain itu, penggunaan nama rasmi kejohanan sebagai Selangor Badminton Asia Team Championships 2022 juga sedikit menimbulkan tanda tanya. Mungkin disebabkan penganjurannya di negeri Selangor? Ataupun disebabkan oleh Selangor pertama kali menganjurkan kejohanan seumpama ini di mana MSN Selangor bertindak sebagai pengelola kejohanan.