Harap sukan Push Bike dapat perhatian daripada KBS – Fatin Anina

15

Ibu kepada pelumba sukan berbasikal cilik Afsheen Darnella iaitu Fatin Anina berharap agar sukan berbasikal tanpa kayuh atau lebih dikenali sebagai Push Bike akan menjadi perhatian dan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut Fatin, jika mendapat sokongan daripada KBS lebih ramai pelumba dapat ditaja untuk bersaing di peringkat antarabangsa.


“Cadangan saya adalah mungkin selepas ini lebih ramai ‘rider’ Malaysia ditaja untuk bertanding di luar negara sebab sekarang ini tiada lagi kerana jika hendak pergi bertanding di luar negara kita kena keluar modal sendiri.

Mungkin selepas ini KBS boleh ambil berat tentang sukan ‘push bike’ ini sebab sukan ini masih belum berada di bawah KBS,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, biarpun baru berusia empat tahun namun Afsheen yang mula menceburi dengan sukan push bike ini sudah berjaya memenangi banyak kejohanan.

Terbaru, Afsheen baru sahaja menjadi juara RSR Runbike Championship Songkla 2024, Thailand di mana ia adalah kejohanan yang cukup berprestij di rantau Asia.