Saya sangat tertarik dengan kematangan permainan pemain TSS Selangor – Md Nazrul Shah

95

Jurulatih pasukan MMT FC, Md Nazrul Shah mengakui beliau cukup tertarik dengan kematangan permainan yang ditunjukkan oleh pemain TSS Selangor B-11.

Menurut Nazrul, beliau akan cuba mengikut jejak langkah pasukan TSS Selangor dengan menerapkan sistem permainan untuk pasukannya di masa hadapan.


“Saya sangat tertarik dengan dan terkejut melihat tahap permainan terutamanya dari TSS Selangor sendiri yang mana saya nampak tahap kematangan pemain sangat bagus untuk peringkat pemain B-11.

Tahap kematangan permainan yang ditunjukkan oleh pemain TSS sendiri itu adalah satu benda saya akan cuba terapkan di masa akan datang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Nazrul juga berkata penyertaan MMT dalam kejohanan Malaysia Borneo Football Cup 2024 juga memberi mereka ruang dan peluang untuk bermain dengan pasukan dari luar negara sekaligus dapat bermain pada tahap yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, Nazrul mengakui bahawa negeri Sabah mempunyai ramai pemain yang berpotensi besar untuk menyinar.

“Saya melihat pemain-pemain yang ada di Sabah mereka ada potensi yang tinggi untuk digilap dan dikembangkan sekaligus boleh jadi generasi bola sepak akan datang.”

Sementara itu, beliau berkata antara perkara yang cukup penting untuk perkembangan bola sepak adalah untuk mempunyai fasiliti lengkap supaya apa sahaja program pembangunan dapat dilakukan.