Bojan Hodak ada kongsi info mengenai pasukan Borneo FC dengan saya – Miroslav Kuljanac

68

Ketua jurulatih KL City FC, Miroslav Kuljanac memberitahu bahawa beliau ada berhubung dengan Bojan Hodak untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai pasukan lawan Borneo FC yang akan menjadi lawan mereka pada perlawanan ASEAN Club Championship (ACC) 2024/25 malam ini.

“Kami ada bercakap mengenai Borneo yang mana beliau ada beritahu saya beberapa perkara mengenai mereka dan saya sendiri juga ada menonton perlawanan mereka.

Jadi berdasarkan apa yang saya tahu, mereka sebuah pasukan yang hebat kerana mendominasi saingan liga domestik dan mereka sentiasa bermain dengan barisan pemain yang sama. Apa yang saya boleh katakan mengenai mereka adalah mereka sebuah pasukan dengan ‘attacking minded’,”

katanya.

Bojan kini merupakan ketua jurulatih Persib Bandung di Liga 1 Indonesia sebelum ini merupakan bekas pengendali KL City dari 2021 hingga 2023.


Dalam pada itu, Miroslav turut memberitahu bahawa beliau belum dapat menentukan barisan kesebelasan utama berikutan perlu melihat laporan daripada pengawai perubatan mengenai beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa Paulo Josue sah akan diturunkan, manakala penyerang muda sensasi Haqimi Azim juga sudah pulih.

Pada masa sama Miroslav turut menyuarakan keyakinan beliau terhadap kemampuan pasukannya kerana tahu dengan kualiti anak buahnya.

“Saya tahu kualiti pemain-pemain KL City dan kita mampu untuk bersaing.”

Sementara itu, skuad The City Boys yang berada dalam Kumpulan B kini berada di kedudukan ketiga hasil satu kemenangan dan berkongsi mata dengan dua pasukan teratas dengan hanya perbezaan jumlah jaringan.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati iaitu separuh akhir.