Corak permainan di Liga Malaysia lebih tenang – Kei Hirose

571

Pemain Borneo FC, Kei Hirose mengakui corak permainan di Liga Malaysia lebih tenang berbanding corak permainan di Liga Indonesia.

Kei berkata demikian kerana sebelum ini pernah bermain di Liga Perdana Malaysia ketika bersama kelab Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada musim 2020 hingga 2021.


“Saya rasa corak permainan di Liga Malaysia lebih tenang yang mana bila mereka mendapat bola, mereka tidak akan terburu-buru,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Untuk rekod, Kei telah membuat 28 penampilan dan menjaringkan dua gol ketika bersama kelab gergasi Selatan itu.

Dalam pada itu, pemain berasal dari Jepun itu turut kecewa dengan persembahannya dan pasukan Borneo selepas mereka tewas 1-0 kepada KL City FC dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan saingan ASEAN Club Championship (ACC) 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

“Kami bermain agak baik tapi malangnya tidak dapat jaringkan gol dan saya rasa 10 minit terakhir kami bermain tidak baik dan hilang fokus.

Jadi saya berasa kecewa kerana kehilangan mata di tempat lawan tapi tidak mengapa kami akan bangkit semula untuk perlawanan akan datang.”

Kekalahan tersebut telah menyaksikan Borneo kini berada di tempat keempat Kumpulan B dengan tiga mata hasil satu kemenangan dan satu kekalahan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen