Saya buat pertukaran kerana kita perlukan ‘fresh leg’ dan kami berjaya jaringkan gol – Miroslav Kuljanac

37

Ketua jurulatih KL City FC, Miroslav Kuljanac gembira apabila percaturannya untuk membuat pertukaran untuk memberi tenaga baru di atas padang membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjaringkan gol sekaligus berjaya menang.

“Ia ada pertukaran yang bagus kerana saya rasa perlu buat pertukaran kerana mahu masukkan ‘fresh leg’ supaya pemain ini dapat buat lebih banyak larian kerana saya lihat Ryan sudah kepenatan dan juga Haqimi.

Jadi kedua-dua pemain yang dimasukkan iaitu Zhafri dan Sean telah beri kita tenaga baru dan selepas itu kita berjaya jaringkan gol hasil dari bantuan Zhafri,”

katanya.

Pada perlawanan kedua Kumpulan B saingan ASEAN Club Championship (ACC) 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, KL City membuatkan kelab dari Indonesia itu pulang hampa.


“Selepas menang perlawanan baru saya rasa gembira.”

Kemenangan itu menyaksikan ia adalah kemenangan kedua skuad The City Boys yang mana mereka kini berada di kedudukan kedua kumpulan dengan enam mata, sama mata dengan pendahulu Cong An Hanoi dan hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Dalam pada itu, Miroslav turut berkata mereka kini mempunyai tempoh yang singkat untuk membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan Liga Super menentang Penang FC selepas ini.

Beliau berkata pendekatan berbeza akan digunakan untuk aksi liga domestik kerana percaturan untuk aksi liga dan kejohanan adalah berbeza.

“Untuk aksi liga menentang Penang FC ia adalah ‘totally different’ berbanding aksi menang Borneo yang mana saya akan gunakan taktik yang berbeza.”