Sasaran saya untuk jadi pemain footgolf No. 1 Jepun – Yoshiteru Fujiwara
Pemain footgolf Jepun, Yoshiteru Fujiwara memberitahu beliau meletak sasaran untuk menjadi pemain footgolf terbaik di negaranya dalam masa terdekat selepas beliau mempamerkan aksi yang cemerlang di Kejohanan Terbuka Malaysia 2024 yang berakhir semalam.
“Sasaran saya adalah untuk menjadi pemain footgolf No. 1 di Jepun,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Pada kejohanan Terbuka Malaysia 2024 yang berlangsung di The Els Club – Desaru Coast dari 23 hingga 29 September 2024, Fujiwara berjaya menjuarai kategori lelaki.
Dalam pada itu, Fujiwara berkata kejohanan kali ini sangat mencabar namun pada masa sama beliau berasa cukup seronok.
Beliau pada masa sama turut memberi pujian terhadap pemain footgolf dari Asia termasuk Malaysia yang mempunyai kualiti.
Malah beliau turut kagum dengan persembahan daripada pemain Malaysia iaitu Zul yang dikatakan mempunyai kekuatan sepakan.
“Pesaing saya dalam rantau Asia adalah dari Malaysia iaitu Zul kerana sepakan beliau sangat jauh.”