Steffi Sidhu mahu bantu Sabah FA lakar sejarah di AWCL

14

Pemain bola sepak wanita Sabah FA, Steffi Sidhu mengakui pasukan mereka adalah pasukan ‘underdog’ untuk kejohanan AFC Women’s Champions League (AWCL) yang akan berlangsung dari 3 hingga 9 Oktober 2024 di Wuhan, China.

“Kita tahun Sabah sebuah pasukan ‘underdog’ dan untuk menentang pasukan tiga pasukan lain yang merupakan pasukan terbaik di Asia.

Memang kita tidak tahu nasib kita tapi sudah pastinya pasukan ini akan beri 200% untuk pada setiap perlawanan dan berharap kita boleh sekali lagi melakar sejarah untuk Malaysia dan juga Sabah,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambah Steffi lagi, dalam dunia bola sepak apa sahaja boleh berlaku oleh itu beliau bersikap optimis.


Skuad Sabah telah diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan tuan rumah iaitu Wuhan Jiangda, Incheon Red Angels (Korea Selatan) dan Abu Dhabi Country Club (UAE).

Dalam pada itu, Steffi turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya dan berharap sokongan itu akan berterusan.

Sementara itu, Steffi baru-baru ini berjaya menjadi juara Asia dalam sukan footgolf selepas menewaskan juara dunia dari Jepun di perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2024 yang berlangsung di The Els Club – Desaru Coast dari 23 hingga 29 September 2024.