Tiada apa yang mustahil selagi kami berusaha! Apa yang kami mahu kami boleh dapat – Siti Furfaizah

43

Pemain bola sepak wanita Sabah FA, Siti Nurfaizah memberitahu dalam dunia bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan apa yang penting adalah untuk beliau dan rakan sepasukan terus berusaha untuk mendapatkan kejayaan.

“Maksud saya sebelum ini iaitu ‘dua-dua makan nasi’ itu sebenarnya memberi maksud bahawa kami tiada beza.

Tiada apa yang mustahil salami kami berusaha. Apa yang kami mahu kami boleh dapat,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Siti berkata demikian kerana pasukan Sabah bakal memulakan saingan peringkat kumpulan AFC Women’s Champions League (AWCL) pada Khamis 3 Oktober yang berlangsung di Wuhan, China.


Dalam pada itu, Siti mengakui cabaran bermain di luar negara adalah cuaca yang mana di Wuhan ketika ini cuaca berangin dingin kering.

Beliau bagaimanapun tidak menganggap ia sebagai satu halangan sebaliknya akan menggunakan pentas AWCL sebagai peluang untuk tunjukkan kemampuan Sumandak Sabah di peringkat Asia.

“Doakan kami mendapat kemenangan pertama esok menentang Incheon Red Angels.”

Sabah diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan tuan rumah Wuhan Jiangda dan Abu Dhabi Country Club dari UAE.