Kita tak mahu harapkan keajaiban berlaku sebaliknya berusaha untuk menang perlawanan – Steffi Sidhu
Ketua pasukan bola sepak wanita Sabah FA, Steffi Sidhu berkata mereka tidak akan mengharapkan keajaiban berlaku sebaliknya akan berusaha untuk mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan yang dihadapi mereka.
“Saya harap kami Sabah FA dapat buat yang terbaik kerana kami akan berdepan dengan pasukan gergasi dari China, Korea Selatan dan UAE yang mana mereka ini adalah pasukan terbaik di liga negara masing-masing.
Tapi kami enggan mengharapkan keajaiban berlaku untuk bantu mereka sebaliknya cuba untuk menang perlawanan,”
katanya.
Steffi berkata demikian ketika sidang media menjelang aksi pertama peringkat kumpulan AWCL yang akan menyaksikan Sabah akan turun menentang Incheon Red Angels pada malam ini.
Dalam pada itu, Steffi juga mengakui kejayaan pasukan Sabah layak ke AWCL adalah satu pecapaian tertinggi untuk bola sepak wanita Malaysia.
Sabah FA telah diundi dalam Kumpulan A bersama Wuhan Jiangda, Abu Dhabi Country Club dan Incheon Red Angels.