Jika terus diberi peluang saya akan buat yang terbaik untuk pasukan – Azim Al-Amin

36

Penjaga gol muda Selangor FC, Azim Al-Amin gembira selepas beliau berjaya mengekalkan ‘clean sheet’ pada perlawanan semalam yang menyaksikan mereka berjaya mendapat kemenangan pertama dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2 (ACL2).

“Alhamdulillah saya tak sangka dapat ‘clean sheet’ dalam tiga perlawanan termasuk satu perlawanan di peringkat ACL2,”

katanya.

Pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan H yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyaksikan Selangor berjaya menewaskan Cebu FC dengan keputusan 1-0.


Mengulas lanjut mengenai prestasinya pada perlawanan tersebut, Azim memberitahu beliau tidak banyak diuji oleh pasukan lawan.

“Untuk persembahan saya, saya tak banyak diuji sebab banyak main kaki saja jadi saya tak boleh nak cakap apa-apa mengenai prestasi saya.”

Dalam pada itu, Azim memberitahu beliau akan terus mempamerkan persembahan terbaik dan menyerahkan pemilihan penjaga gol utama kepada ketua jurulatih Nidzam Jamil untuk tentukan siapakah yang akan diturunkan.

“Itu terpulang kepada jurulatih kerana saya hanya ‘follow the flow’ sahaja tapi jika diberi peluang lagi saya akan buat yang terbaik.”

Sementara itu, Azim turut bersyukur dan tidak menyangka apabila namanya dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan kebangsaan Harimau Malaya, Pau Marti untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad, 6 Oktober 2024 bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober 2024.

“Ini ‘called-up’ pertama saya jadi saya mahu tunjukkan kemampuan saya dan buat yang terbaik untuk bersaing secara sihat dengan penjaga gol lain.”