Saya layan semua pemain sama rata! Setiap pemain ada kelebihan dan kelemahan – Cameron Ng

27

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malayan Tigress B-17, Cameron Ng memberitahu beliau melayan kesemua pemain-pemainnya sama rata kerana baginya bola sepak adalah sukan berpasukan yang perlukan setiap pemain bermain sebagai satu unit.

“Saya layan semua pemain saya sama rata kerana ia adalah sukan berpasukan, jadi saya tidak pernah melihat satu pemain lebih baik daripada pemain lain kerana apa yang penting adalah pasukan.

Masing-masing mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing, jadi ia bagaimana kami nak gunakan kelebihan setiap pemain untuk perkuatkan pasukan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Cameron berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mana mereka akan terbang ke Singapura bagi mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa secara tertutup pada 7 Oktober dan 10 Oktober ini di Kallang Football Hub.


Dalam pada itu, Cameron turut berpuas hati dengan prestasi pemain-pemainnya selepas menjalani latihan lebih seminggu dan berkata mereka sudah bersedia untuk aksi persahabatan.

“Ya mereka sudah bersedia. Mereka dah buat yang terbaik sepanjang latihan yang mana setiap sesi latihan mereka beri 100%.

Kita sudah buat yang mampu jadi mereka akan buat yang terbaik untuk perlawanan nanti.”

Terdahulu, skuad B-17 yang sepatutnya mengharungi dua perlawanan persahabatan di Jordan terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan, bagaimanapun pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan pantas mencari jalan penyelesaian dengan mengatur perlawanan persahabatan di Singapura.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen