Dokumentasi belum lengkap jadi kita tidak boleh dedahkan lagi – Noor Azman

20

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman memberitahu pihaknya tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai pemain warisan baharu untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan buat masa ini.

Ini kerana menurut Noor Azman, pemain-pemain tersebut masih diperingkat proses dokumentasi yang mana pihak mereka mahu proses tersebut lengkap terlebih dahulu sebelum buat sebarang kenyataan.


“Kita sedang menunggu dokumentasi untuk mengesahkan dan selagi dokumentasi itu tidak lengkap kita tak boleh nak dedahkan lagi jadi kita perlu tunggu dulu,”

katanya.

Terdahulu, hasrat FAM untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya menerusi khidmat ketua pasukan Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak kesampaian selepas pemain itu tidak melepasi syarat kelayakan.

Noor Azman berkata demikian selepas tamat Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM semalam.

Dalam pada itu, Noor Azman turut memberitahu bahawa FAM kini sedang berhubung dengan beberapa pasukan lain untuk mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 pada kalendar FIFA November ini.

Ketika ini skuad kendalian Pau Marti sudah disahkan akan terbang ke tempat lawan bagi menentang pasukan India pada 19 November ini.

“Kita akan menentang India pada 19 November dan sudah semestinya ada pasukan dalam dua atau tiga kita belum dapat keputusan.

Bila kita dapat keputusan nanti kita akan maklumkan kepada semua.”